Assalamualaikum buat semua..

Siapa aku???aku adalah hamba ALLAH yang hina lagi kerdil yang masih cuba dan terus mencuba untuk meletakkan hatinya pada sang penciptanya yang agung.Namun persoalannnya,sejuah manakah hamba ALLAH ini sedang diuji dan kesanggupannya untuk terus diuji oleh penciptanya bagi melengkapkan kitaran hidup sebagai hambanya..

Apa peranan aku????

Kenapa aku diciptakan??Untuk apa aku diciptakan....

Dari mana aku dicipta???

Bagaimana aku dicipta???
semuanya menjadi persoalan, tanpa sedar aku tidak henti2 berfikir tentang semua ini..aku datang dari perut ibuku,bagaimana datangnya suatu jasad dan roh yang wujud dalam perut ibuku..semuanya kerana ALLAH dan izinNYA..Alhamdulillah,aku masih berkesempatan memikirkan apa ertinya aku hidup di muka bumi ini.Aku sering kali lupa peranan dan tanggungjawab aku setelah dilahirkan di dunia.Sudah sampainya waktu aku mula berfikir secara agresif untuk memikirkan tanggungjawab,peranan aku as a muslim..my duty as a HAMBA ALLAH..hinanya diri aku bila berasa gah bila dipuji dan diangkat lebih tinggi pada waktu dan ketika dahulu.Jika difikirkan dan dibayangkan terlalu banyak peranan dan tanggungjwab yang mesti aku lakukan..Namun,adakah aku termasuk golongan yang berusaha kearah itu..

Ayat ke 2 dan 3,surah As-Saff;
"Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kerjakan"

"Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"

Subhanallah..Akulah yang termasuk dalam golongan itu.Aku masih mencuba untuk terus berada dalam golongan yang memperjuangkan agama dan hak ISLAM itu sendiri,sehingga kadang kala lupa da tersasar dari tujuan yang asal..Niat dihati lakukan semuanya kerana ALLAH,tetapi dalam xsedar cepat mengeluh..subhanallah,kebergantunganku padaMU ya ALLAH masih tidak kuat..keyakinan aku masih kurang..Maafkan hambamu ini Ya ALLAH..

Selama lamanya aku adalah hambaMU..hamba yang cuba untuk menjadi yang terbaik,namun selamanya aku akan terus berusaha menjadi hambaMU yang lebih baik dari sekarang..