Kembara Tarbiyyah

Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.







2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagiMU ya RABB, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Ingin kukongsikan sedikit kembaraku pada hari ini..Segala puji kukembalikan pada illahi ya ALLAH, kerna aku masih bisa menghirup udara yang bersih ini,mampu melihat ciptaan Yang Maha Esa,mampu berinteraksi dengan orang2 disekillingku,mampu gelak tawa bersama2 sahabat tercinta.

SubhanALLAh,indahnya perasaan itu ya ALLAH..Agak terbeban difikiranku tatkala memikirkan perihal kerja2 duniawi, tesis yang harus kusiapi untuk aku melayakkan diri untuk mendapatkan sekeping sijil sarjana. Aku mula berfikir halatuju aku, betulkah apa yang aku lakukan berhari2,berbulan2,bertahun2 ini. Aku gagahkan jua untuk melawan godaan syaitan laknatullah; aku cuba mencari aura positif, cuba berjumpa dengan orang2 y punya semangat dan aura y hebat n positif kerna aku harus terus positif. Alhamdulillah, aku dapat atasinya dengan izin ALLAH. Berjumpa dengan orang2 y positif akan dapat membantu kita untuk lebih positif n maju kedepan. Moga ALLAH mudahkan urusanku didunia n akhirat.


Malamnya, aku bertemu dengan insan2 yang ALLAH takdirkan ikatan hati  y bertaut dijalanNYA. Sungguh, aku terharu. Aku seronok, aku bersyukur sungguh kerna ALLAH maha mendengar rintihan hambaNYA. Tiada gambaran y dpat ku nyatakan, melainkan syukurku padaMU ya RABB!.Kami bertakruf buat kali pertama, berkongsi ilmu, kami bergelak ketawa, kami makan minum bersama, kami menikmati masa y indah bersama2. Pelik bukan, kali pertama berjumpa tetapi tautan hati kami kuat antara satu sama lain. Indah, suatu perasaaan yang sukar ditafsir yang dikurniakan ALLAH. Itulah janji ALLAH y nyata, mereka y bjuang dijalan ALLAH akan mendapat balasan y indah. Namun bjuangkah aku dijalanMU ya RABB..Bimbinglah kami, bantulah kami dalam meneladani kekasihMU Rasulullah dalam berakhlak mulia, santun bicara malah itulah sebaik2 manusia.


Taman2 ilmu ALLAH itu sungguh indah, mengasyikkan sekali. Tugas itu sungguh mencabar, sangat2 mencabar namun y pasti kami harus berusaha gigih n berdoa agar ALLAH mudahkan jalan2 kami. Agar kami terus utuh bersama, seumpama sebuah bangunan y tsusun kukuh. Mualim n mualimah yang disayangi ALLAH, terus bantu dan pimpin kami agar kami mampu untuk dokongi jalan ini. Sungguh, aku mula jatuh cinta pada mereka! Aku mula rindu mereka pabila berpisah! Sahabat2 yang kucintai kerana ALLAH, terima kasih atas tautan ukhuwah kalian. Ku tahu, kalian juga semestinya sayang n cinta aku kerna ALLAH!.


====>>Azliza Kamal<====

Akukah sang daie itu

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi (perintah)MU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan/keyakinan. dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU..(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

..::Masa Itu Emas::..

::.TAKRUF.::

My photo
berkeinginan untuk berkongsi ILMU dengan menjadikan blog sebagai salah satu medium dakwah umum dalam usaha mencetus keinginan berdakwah

::. Muslimah .::

::. Muslimah .::

::. Karakter Wanita Islam .::

1)Salimul Aqidah

2)Sahihul Ibadah

3)Matinul Khuluq

4)Qawiyul Jismi

5)Musaqaful Fikri

6)Qadirun `alal Kasbi

7)Mujahidun linafsihi

8)Harisun `ala waqtihi

9)Munazham Fi Syu`unihi

10)Nafi`un Li Ghairihi

Seruan jihad harta untuk warga PALESTIN!!!

Sumbangan kepada mereka akan disalurkan


menerusi program lifeline4gaza.org atau Akaun MBB

haluan Palestin 564490208528. Roadtour dari

Europe-Palestin dijangka akan berlepas pertengahan

Mei. Mohon infaq SEGERA sebelum terlambat.

Semoga di akhirat sana memperoleh ganjaran

pahala dan bekalan ke syurga.


.:: Sahabat Pelawat ::.

::. Sembang Corner .::

.::Halwa telinga::.

Powered By Blogger

.:: Followers::.

Labels