Kembara Tarbiyyah

Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

Salam Imtihan

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat adik2 dan sahabat/biah yang bakal/sedang/telah menghadapi final..Perjuangan no1,tapi akademik bukan n02...Semoga kalian dipermudahkan urusan..

Tuhan Menyayangimu



Assalamualaikum...

Hari ini genaplah umur adikku,Nabila Al Khabbab yang ke 21tahun..Semoga ALLAH melindungimu wahai adikku..

Ya ALLAH,kurniakanlah pada dirinya..

Semangat mujahidah yang tinggi untuk memperjuangkan agamaMU
Jagalah hatinya supaya sentiasa melabuhkan cintanya hanya padaMU
Teguhkanlah jiwanya agar sentiasa merintih merinduiMU
Didiklah jiwanya agar sentiasa ikhlas keranaMU
Pautkanlah hatinya agar sentiasa mengingatiMU
Lembutkanlah lidahnya agar sentiasa berzikir menyebut namaMU dan kekasihMU
Letakkanlah hatinya agar bersama pejuang-pejuang agamaMU
Pimpinlah dia agar menjadi wanita,isteri dan anak solehah
Jadikanlah dia insan yang aku sentiasa merinduinya
Bentukkanlah peribadinya mengikut panduan peribadi kekasihMU
Didiklah hati dan bukalah hatinya untuk berjuang bersama hati-hati yang telah mengikat janji kepadaMU
Pautkan pada hatinya keazaman dan iltizam yang tinggi dalam meneruskan perjuangan Rasullah
Sesungguhnya aku menyayanginya hanya kerana aku cinta padaMU
Amin...

wan

Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.

Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita. Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi musuh ummat Islam.

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat ke-120:

” tidak akan redha kaum yahudi dan nasrani itu kepada ummat Islam sehingga mana kamu tidak mengikut agama yang dibawanya …”

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat mahasiswa merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya, kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin.

Perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita? Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel :

” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding. Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja?

Ternyata dengan timbulnya isu ini, kami(mahasiswa) tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita? Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Kami tidak HALALKAN cukai yang dibayar kepada kerajaan itu sebagai saluran bayaran membiayai syarikat zionis itu. Hentikan, tamatkan dan putuskan apa jua perundingan dan perkhidmatan yang melibatkan syarikat zionis tersebut!

Jangan menggadaikan maruah Negara sebegitu mudah. Kita kenal siapa Israel. Kita kenal siapa zionis. Justeru saya menyeru seluruh mahasiswa sedar untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap syarikat APCO ini. Ini bukan soal politik,bukan soal kaum mahupun bangsa tapi soal maruah dan keselamatan negara. Kami rela gadaikan parti politik demi keamanan negara dan agama Islam terus terjaga.

” kami tidak rela duit kami dibayar untuk MEMBUNUH adik-beradik kami di Palestin.

P/s : penulis merupakan presiden PMIUM sesi 2010/2011

.Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

sumber;http://ustazazhar.com/v1/index.php

Assalamualaikum..jom masak..

BAHAN-BAHAN

Ikan Pari / Ikan Keli / Ikan Tongkol Hitam atau Udang Basah
1/2 biji Kelapa Parut Putih (ikut saiz hidangan)
3/4 ulas Bawang Putih
3/4 ulas Bawang Merah Kecil
15/20 tangkai Cili Padi (ikut kepedasan)*
1 ikat serai (dipotong2 kecil sebab nak ditumbuk nanti)
Asam Jawa - tak perlu direndam, tapi sebiji2
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa

** Kelapa Parut Kering tu sama macam kerisik

CARA PENYEDIAAN

1) Makanan laut dibersihkan dan dipotong. Boleh juga gunakan udang.**
2) Tumbuk cili padi + bawang + kelapa + serai (haluskan), kalau boleh tumbuk sedikit2, kalau nak guna kelapa parut kering lagi sedap tapi cilinya digantikan dengan cili kering.
3) Bahan2 yang ditumbuk tadi dituang diatas periuk yang mengandungi makanan laut + asam jawa di ambil sebiji2 di campak dalam periuk dan tuangkan minyak masak dalam periuk ala2 sekadar memenuhi masakan bersama sikit air (Kaco sikit biar sebati tapi bukan gaul sampai bagi semuanya hancur)
4) Jangan lupakan garam, ngan perasa
5) Masak atas api, kecilkan api, tutup tudung periuk (biar agak kering sikit, tapi kalau suka basah biarkan la banyak air)

TIPS


*Bahan2 kalau di Sabah, cili padi putih yang dibelah2 atau sebiji2, then cili padi Sabah yang kecil tuh tapi hati-hati sebab terlampau pedasnya, then ada pakai daun bawang (bukan daun bawang biasa tapi yang ada bawang dibawahnya) dan daunnya seperti daun kucai (senang dicari di Sabah) so Semenanjung tak ada jadi saya keluarkan bahan2 ini...

**Kalau gunakan udang tak payah buang kulit/kopek tapi potong hujung muncung udang ngan hujung ekor ajer...sebab air udang manis..kalau buang kepala dia dah ilang manisnya.

Assalamualaikum..sedikit perkongsian yang diperolehi daripada YB Ustazah Hjh Siti Zailah,ahli parlimen Sri Gading yang merangkap Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan. Terasa manisnya perjuangan ini apabila beliau menceritakan pengalaman beliau berjuang dengan tanggungjwab sebagai seorang isteri,ibu kepada 11orang anak, ahli parlimen dan jawatan2 yng dipegang.Amat kerdil jika ingin dibandingkan dengan pengalaman,serta komitmen yang diperlukan.Antara perkongsian yang menarik untuk dikongsikan bersama untuk memantantapkan jemaah..

1)hidupkan cawangan(mesti turun ke setiap cawangan,kenal ketua2 cawangan)

2)gerakan daftar pemilih(gempur dan turun untuk pastikan daftar ahli supaya dapat mengundi)

3)banyakkan program berbentuk kebajikan(senarai nama yang mesti ada dalam simpanan dan kecenderungan pada jemaah)

4)gerakan penerangan

Akukah sang daie itu

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi (perintah)MU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan/keyakinan. dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU..(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

..::Masa Itu Emas::..

::.TAKRUF.::

My photo
berkeinginan untuk berkongsi ILMU dengan menjadikan blog sebagai salah satu medium dakwah umum dalam usaha mencetus keinginan berdakwah

::. Muslimah .::

::. Muslimah .::

::. Karakter Wanita Islam .::

1)Salimul Aqidah

2)Sahihul Ibadah

3)Matinul Khuluq

4)Qawiyul Jismi

5)Musaqaful Fikri

6)Qadirun `alal Kasbi

7)Mujahidun linafsihi

8)Harisun `ala waqtihi

9)Munazham Fi Syu`unihi

10)Nafi`un Li Ghairihi

Seruan jihad harta untuk warga PALESTIN!!!

Sumbangan kepada mereka akan disalurkan


menerusi program lifeline4gaza.org atau Akaun MBB

haluan Palestin 564490208528. Roadtour dari

Europe-Palestin dijangka akan berlepas pertengahan

Mei. Mohon infaq SEGERA sebelum terlambat.

Semoga di akhirat sana memperoleh ganjaran

pahala dan bekalan ke syurga.


.:: Sahabat Pelawat ::.

::. Sembang Corner .::

.::Halwa telinga::.

Powered By Blogger

.:: Followers::.

Labels