Assalamualaikum...

Hari ini genaplah umur adikku,Nabila Al Khabbab yang ke 21tahun..Semoga ALLAH melindungimu wahai adikku..

Ya ALLAH,kurniakanlah pada dirinya..

Semangat mujahidah yang tinggi untuk memperjuangkan agamaMU
Jagalah hatinya supaya sentiasa melabuhkan cintanya hanya padaMU
Teguhkanlah jiwanya agar sentiasa merintih merinduiMU
Didiklah jiwanya agar sentiasa ikhlas keranaMU
Pautkanlah hatinya agar sentiasa mengingatiMU
Lembutkanlah lidahnya agar sentiasa berzikir menyebut namaMU dan kekasihMU
Letakkanlah hatinya agar bersama pejuang-pejuang agamaMU
Pimpinlah dia agar menjadi wanita,isteri dan anak solehah
Jadikanlah dia insan yang aku sentiasa merinduinya
Bentukkanlah peribadinya mengikut panduan peribadi kekasihMU
Didiklah hati dan bukalah hatinya untuk berjuang bersama hati-hati yang telah mengikat janji kepadaMU
Pautkan pada hatinya keazaman dan iltizam yang tinggi dalam meneruskan perjuangan Rasullah
Sesungguhnya aku menyayanginya hanya kerana aku cinta padaMU
Amin...